Setelah disengat lebah, lakukan beberapa langkah ini sebagai cara mengatasi bisa sengatan tersebut.

 

Cabut penyengat secepat mungkin

Setelah disengat lebah, segera lepaskan penyengat yang tertinggal di kulit secepatnya atau dalam waktu 30 saat. Anda dapat menggunakan kuku, pinset atau sebagainya. Lakukan ini dengan hati-hati agar tidak memecah kantung racun tersebut. Dengan melakukan hal ini, anda telah membatasi jumlah racun yang masuk ke aliran darah.

 

Tanggal cincin atau gelang

Jika memakai cincin dan mengalami sengatan di bahagian jari atau sekitarnya, segera tanggalkan cincin tersebut. Hal ini untuk menghindari efek pembengkakan yang akan berlaku.

 

 

Cuci bahagian yang Disengat

Setelah melepaskan penyengat dari permukaan kulit, cuci bahagian tersebut dengan air dan sabun.

IKLAN

 

Tuam dengan ais

Selanjutnya, anda boleh tuam dengan ais pada bahagian terkena sengat untuk mengurangi pembengkakan.

 

Dapatkan rawatan segera

Bila Anda mengalami tanda dan gejala reaksi alergi berat atau anafilaksis, segera dapatkan rawatan perubatan di pusat kesihatan berdekatan.

 

 

IKLAN

Apa nak buat jika diserang lebah ketika berada di sungai atau hutan sedang memancing?

 

Terjun ke dalam air dan cuba selam seberapa lama yang boleh.

 

Jangan pukul lebah yang menyengat anda, kerana ia akan menjadikan keadaan bertambah lebih teruk.

 

Jangan membatu diri, ini adalah cara yang salah, kerana lebah akan terus menyerang jika anda membatukan diri

 

IKLAN

Lari seberapa laju yang mungkin dan seberapa jauh yang boleh, kerana lebah hanya akan menyerang jika merasakan diri mereka diancam, dan pastikan anda berlari berlawanan arah dari arah anda diserang.

 

 

Jika anda berkhemah di lereng bukit, jangan lari menuruni lereng bukit,kerana ia amat merbahaya, pastikan anda lari mengikut permatang bukit ataupun jalan bukit.

 

Seandainya anda tidak mampu lari, cuba capai selimut, kain khemah, sleeping bag, fly-sheet, ataupun apa sahaja yang boleh dibuat selimut, selimutkan diri anda dan batukan diri, tapi cara ini amatlah tipis keberkesanannya.

 

Rebahkan diri ke atas tanah, cuba ambil daun-daun kering, dan litupi badan anda dengan daun-daun kering serta cuba ambil tanah dan timbuskan tubuh anda.

 

Tutup telinga dan hidung anda seboleh-bolehnya ketika berlari, kerana lebah lebih cenderung untuk menyengat bahagian-bahagian di kepala.