Sesetengah haiwan boleh menyerupai persekitaran mereka, sesetengah yang lain pula sememangnya dicipta tidak berwarna, atau kita kategorikan sebagai lut sinar (transparent).

 

Ikan Cyanogaster

Pertama kali ditemui beberapa tahun lalu, ikan berperut biru ini adalah sangat kecil, hanya beberapa milimeter panjang.

Ikan spesies ini hanya hidup di Rio Negro, anak sungai terbesar di Sungai Amazon, dan hanya muncul pada waktu malam.

 

Crocodile Icefish

Hidupan laut ini adalah sejenis ikan, dan bukannya buaya. Ikan lautan Antartik ini mempunyai darah yang tidak berwarna, dan merupakan satu-satunya haiwan vertebrata

yang tidak mempunyai sel darah merah dan haemoglobin (protein yang kaya dengan iron yang mengangkut oksigen merentasi sistem peredaran darah).

 

Glass Catfish

Sejenis ikan dalam keluarga catfish (ikan bermisai), class catfish adalah antara haiwan vertebrata yang paling telus (transparent) di bumi.

Kebanyakan organnya terletak berhampiran dengan kepala dan dengan menggunakan kanta pembesar, degupan jantungnya dapat dilihat dengan jelas.

Apabila cahaya menembusi badan ikan tersebut, ia berupaya menghasilkan pantulan warna pelangi.

IKLAN

Hidupan ini hidup di kawasan air aliran perlahan di Thailand, Malaysia dan Indonesia. Apabila mati, warnanya akan bertukar menjadi putih susu.

 

Barreleye Fish

Ikan menarik ini mempunyai mata yang sangat sensitif kepada cahaya, dan sentiasa menghala ke atas bagi mengesan bayang-bayang mangsa.

Mata ikan ini terletak di dalam kepalanya yang lut sinar dan berbentuk dom, membolehkannya untuk menangkap cahaya sebanyak mungkin.

Organnya kelihatan seperti tumbuhan-tumbuhan di dalam pasu bunga.

 

Pari big skate

Big skate adalah sejenis ikan pari yang mudah dijumpai dalam air cetek. Hidupan ini yang mempunyai wajah seolah-olah seperti manusia adalah tarikan popular di akuarium di seluruh dunia. Kulitnya yang sangat pucat hingga dapat mendedahkan organ dalamannya.

 

Glass Squid

Terdapat kira-kira 60 spesies sotong gelas di dalam keluarga Cranchiidae. Kebanyakan daripadanya adalah lut sinar, dan mempunyai organ bercahaya di bawah mata. Mereka bergerak secara menegak bagi mengurangkan penglihatan.

 

Transparent Sea Cucumber

Makhluk laut yang kelihatan seperti alien ini hidup di kedalaman 2,750 meter di lantai laut. Gamat lut sinar ini merangkak dengan menggunakan tentakelnya pada kelajuan 2

sentimeter setiap minit, sambil menyapu sedimen yang kaya dengan detritus ke dalam mulutnya.

 

Ghost Shrimp

Kebanyakan udang terutamanya ketika peringkat larva kelihatan seperti telus cahaya. Namun udang hantu ini merupakan krustasea paling lut sinar.

Udang ini kerap kali dibela di dalam akuarium. Habitat asalnya adalah di dalam air payau tanah lembap.

 

Glass Octopus

Sotong kurita gelas ini boleh ditemui di dalam perairan terbuka tropika dan subtropika di seluruh dunia. Disebabkan ia sangat jarang ditangkap, sama ada secara fizikal mahupun di dalam kamera, tidak banyak yang diketahui tentang sotong ini.

Tidak seperti sotong lain, sotong ini mempunyai mata yang memanjang yang kelihatan seperti terkeluar ke atas, mungkin bertujuan untuk memaksimakan cahaya malap daripada permukaan air.

 

Sea Angel

Sea angel, atau terjemahan bahasa Melayu, malaikat laut adalah sejenis lintah laut yang berkeliaran di kawasan perairan sejuk di Laut Artik.

Dari segi fizikal, ianya kelihatan seperti kuda laut. Hidupan laut ini sebenarnya menjadi sumber inspirasi kepada watak Phione dan Manaphy di dalam Pokemon.