Penggunaan assist hook adalah satu kemestian dalam segmen pancingan mengunjun atau jigging. Terdapat pelbagai kaedah untuk mengikat assist hook. Apa yang kami sediakan ini adalah salah satu daripadanya yang lebih khusus untuk fast jigging.

 

Alatan keperluan:

Jig hook

Kevlar (100-200lb)

Solid ring

Gam gajah

Shrink tube

 

Step 1

Jangan potong tali kevlar terlebih dahulu dan masukkan hujung tali kevlar ke dalam lubang cincin mata kail.

 

Step 2

Masukkan pula split ring ke hujung tali tersebut.

IKLAN

 

Step 3

Masukkan kembali hujung tali kevlar ke lubang cincin mata kail.

 

Step 4

Buat ukuran dengan saiz jig sebelum memotong tali kevlar. Sebaik panjang tali setengah dari panjang jig.

 

IKLAN

Step 5

Buat simpulan biasa atau simpul mati dengan kedua-dua hujung tali kevlar. Jangan ketatkan simpulan.

 

Step 6

Masukkan hujung mata kail ke dalam simpulan yang dibuat tadi.

 

Step 7

IKLAN

Ketatkan simpulan atau ikatan yang terhasil pada teras mata kail.

 

Step 8

Letakkan gam pada ikatan dan potong sedikit lebihan simpulan.

 

Step 9

Masukkan shrink tube menutupi simpulan dan bakar dengan lighter untuk mengecutkannya.

 

Step 10

Ikatan mata jig yang cepat dan ringkas untuk digunakan.