Sepadan dengan nama yang diberikan, ikatan power knot sememangnya berkuasa bagi berhadapan dengan pemangsa yang ganas.

Cara ikatannya cukup ringkas tapi kukuh untuk mendaratkan ikan impian korang.

 

LANGKAH 1

Kembarkan tali perambut (perambut benang atau tali tangsi) kira-kira sejengkal atau lebih.

 

LANGKAH 2

Masukkan hujung tali yang dikembarkan ke dalam lubang cincin swivel atau mata kail yang ingin digunakan.

 

LANGKAH 3

Silangkan hujung tali yang dikembarkan pada tali utama.

IKLAN

 

LANGKAH 4

Buatkan lilitan pada tali utama tersebut.

 

LANGKAH 5

Lilitkan sekurang-kurang 5 kali. Lebih banyak lebih bagus ikatannya.

 

LANGKAH 6

Masukkan hujung tali itu ke dalam simpulan pertama yang terhasil.

 

LANGKAH 7

Masukkan pula gelung hujung tali melalui swivel.

 

LANGKAH 8

Tarik perlahan-lahan tali utama sambil membetulkan ikatan simpulan.

 

LANGKAH 9

Tarik sehingga simpulan yang melalui swivel bersatu dengan ikatan yang dihasilkan.

 

LANGKAH 10

Ikatan yang telah dikemaskan dan bolehlah dibuang lebihan tali.