Umum sudah mengetahui, bahawa enjin sangkut dibina untuk kegunaan di semua kawasan tidak kiralah air tawar atau air masin. Cuma kapasiti kuasa kuda dan saiz membezakan penggunaannya lebih ke arah mana.

 

Badan enjin diperbuat daripada campuran besi dan logam adalah campuran yang terbaik bagi membina sebuah enjin sangkut. Namun besi akan mudah terhakis sekiranya terdedah kepada air masin dan dibiarkan tanpa penyelenggaraan atau dibersihkan selalu.

 

Anod yang berada di bahagian bawah sirip enjin sangkut.

 

Teknologi pembuatan enjin sangkut dan juga pengangkutan laut telah menemui satu cara di mana satu alat yang diberi nama anod yang berfungsi menyerap hakisan pada badan enjin atau kapal dengan mengorbankan alat ini.

IKLAN

 

Bahagian enjin yang mengalami hakisan akibat anod yang tidak ditukar.

 

Bagi sebuah enjin sangkut ia dilekatkan menggunakan skru di bahagian bawah sirip bagi menyerap kadar hakisan di bahagian enjin bot. Saiznya adalah mengikut enjin sangkut dan juga alat ini dilekatkan pada badan kapal-kapal besar bagi mengurangkan hakisan pada seluruh badan kapal.

 

Percikan air masin pada bahagian yang tidak di cat mampu membuatkan ia berkarat.

 

Walaupun ia kecil namun peranannya sangat besar dan mampu memberi ketahanan yang lebih lama sesuatu besi yang terdedah kepada air laut. Bagi enjin sangkut yang menggunakan starter terdapat arus elektrik yang mampu membuang plak dari air masin agar tidak melekat pada bahagian enjin dan terus menghakis badan enjin.

 

 

Harganya mengikut saiz enjin dan hanya perlu diganti apabila alat tersebut menjadi kecil atau pecah. Ia terdapat di pengedar enjin sangkut atau bengkel membaiki enjin. Anod ini lebih cepat teroksida semasa enjin digunakan di kawasan air payau dan air masin.

 

Setiap jenama mempunyai nombor alat ganti yang berlainan.