Kedengaran macam merepek, tetapi sukar pula untuk menolak kemungkinannya. Tentu saja ramai kurang percaya aroma durian turut digemari oleh ikan. Rupanya ikan patin juga terbuka selera apabila umpan diadun dengan aroma dan perisa durian.

 

Penyebaran aroma melalui minyak di dalam air merupakan satu kaedah yang sangat mujarab. Ia membantu aroma umpan tersebut lebih cepat sampai ke deria bau ikan sekaligus menghampirinya. Konsep itulah yang digunakan dalam tutorial membuat umpan ini.

 

Bahan-Bahan:

Minyak Durian MyePescado

Pes Strawberry MyePescado

Esen Nenas Star Brand

Kelapa Parut

Palet 920

 

IKLAN

Cara Penyediaan:

 

LANGKAH 1

Lembutkan dahulu 2kg palet 920 di dalam bekas bancuhan umpan. Kemudian masukkan 15 penutup botol pes strawberry.

 

LANGKAH 2

Gaul rata palet sehingga setiap palet kelihatan berwarna merah yang menandakan ia sudah diresapi pes strawberry.

 

LANGKAH 3

Masukkan pula 2 penutup botol minyak durian dan gaul rata palet.

 

LANGKAH 4

Seterusnya masukkan pula 3 penutup botol esen nenas dan gaul palet agar sekata.

 

LANGKAH 5

Masukkan 2 genggam kelapa parut dan gaul. Umpan sudah boleh digunakan atau boleh diperam untuk kegunaan pada lain masa.

 

Langkah 6

Umpan yang sedia untuk digunakan dan hasil yang diperoleh kurang dari 10 minit selepas umpan dilontar ke lubuk.